[VIDEO] Enam ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat

A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar notis mengenai status keahlian dan kedudukan kerusi yang disandang oleh enam ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia berikutan kegagalan wakil rakyat berkenaan menjawab surat arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

"Ada proses dan perlu berhati-hati serta lengkap dengan laporan. Kita tidak mahu gopoh dan atas alasan teknikal, tindakan ini dikatakan tidak berperaturan.

"Kita yakin dengan langkah yang diambil ini kerana banyak pihak kata betul mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta Anti Lompat Parti.

"Kita beritahu ahli Parlimen dan ADUN Bersatu, mereka kena patuh dan tandatangan tetapi ada yang tidak setuju. Jadi, untuk menentukan pilihan raya kecil (PRK), perlu bawa kepada Speaker," katanya.

Muhyiddin (tengah) ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Ibu pejabat PN di Kuala Lumpur pada Selasa.
Muhyiddin (tengah) ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Ibu pejabat PN di Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika sidang akbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad; Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan pemimpin tertinggi yang lain.

Sebelum ini media melaporkan enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis MPT parti tersebut.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) manakala seorang lagi ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!