Lelaki maut kereta terbabas masuk longkang

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 141.9 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada malam Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pegawai Bomba Kanan II Shahrul Munawer Taharem@Tahrib berkata, mangsa dikenali sebagai Lee Seng Kit berusia 54 tahun.

Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian akibat tersepit di tempat memandu akibat daripada pelanggaran tersebut.

"Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 11.44 malam tadi. Ketika sampai di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza yang terbabas ke dalam longkang.

"Ada seorang mangsa yang tersepit di ruang pemandu dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, mangsa berjaya dibawa keluar dengan menggunakan peralatan khas.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Seramai tujuh anggota termasuk penyelia jentera terlibat dalam operasi berkenaan," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!