MAHA 2024: Medan KPKM bina upaya sektor pertanian

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu (kanan) beramah mesra bersama para peserta peniaga dan usahawan ‘Road To MAHA 2024’ yang akan bermula pada 11 hingga 22 September depan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu (kanan) beramah mesra bersama para peserta peniaga dan usahawan ‘Road To MAHA 2024’ yang akan bermula pada 11 hingga 22 September depan.
A
A
A

SERDANG - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mahu merealisasikan aspirasi meningkatkan lagi penggunaan teknologi moden dalam kalangan para petani dan pengusaha pertanian tempatan menerusi penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024.

Aspirasi itu dinyatakan Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, yang mana MAHA 2024 dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini pada 11 hingga 22 September depan dengan tema ‘Menuai Harapan, Membina Masa Depan’ bersempena 100 tahun penganjurannya,

“Melalui pameran ini, pengunjung dan pemegang taruh akan merasai pengalaman secara langsung aplikasi inovasi seperti pertanian pintar, penggunaan data besar dan automasi yang boleh dalam operasi harian sektor pertanian.

“Malah, MAHA 2024 juga perlu menjadi platform untuk mempromosikan produk pertanian tempatan ke pasaran antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran MAHA 2024 di MAEPS, di sini pada Isnin.

MOHAMAD
MOHAMAD



Tambah Mohamad, pihaknya yakin produk-produk usahawan tempatan mampu menembusi pasaran global menerusi penyertaan para delegasi dan pelaburan antarabangsa, sekali gus meningkatkan pendapatan para petani dan pengusaha tempatan.

Malah, MAHA 2024 katanya turut memfokuskan kepada galakkan amalan pertanian lestari supaya usaha memelihara alam sekitar serta kelestarian sumber pertanian dapat dilaksanakan secara meluas.

Justeru, beliau berhasrat untuk memastikan pertanian yang dilaksanakan tidak hanya memenuhi keperluan masa kini tetapi dapat diwaris untuk generasi akan datang.

Artikel Berkaitan:

“Selain daripada fokus berkenaan, MAHA 2024 turut memberi penekanan kepada ‘Internet of Things’ (IoT) dalam pertanian, perikanan, penternakan dan perladangan.

“Saya juga ingin menekankan bahawa sektor pertanian bukan tentang pengeluaran makanan semata-mata, ia juga merangkumi aspek ekonomi, sosial dan ekologi yang lebih luas.

“Oleh itu penting untuk kita mengintegrasikan semua aspek ini dalam perancangan dan pelaksanaan dasar pertanian negara,” ujarnya.

Inisatif baharu dan sasaran

Sementara itu Mohamad memaklumkan, MAHA 2024 akan melaksanakan beberapa pendekatan baharu yang bersifat interaktif, selari dengan minat generasi masa kini.

Beliau menjelaskan, antara fokus lain bagi acara itu termasuk pertunjukan teknologi dalam pertanian, penekanan elemen agro pelancongan, penerapan elemen kemampanan yang selaras dengan ‘Sustainable Development Goals’ (SDGs).

Mohamad (dua dari kanan) bergambar di replika tugu MAHA 2024 yang merupakan penganjuran edisi ke-100 sambil disertai Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Lokman Hakim Ali (kanan).
Mohamad (dua dari kanan) bergambar di replika tugu MAHA 2024 yang merupakan penganjuran edisi ke-100 sambil disertai Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Lokman Hakim Ali (kanan).



Oleh yang demikian, beliau menggariskan enam petunjuk prestasi utama (KPI) melibatkan sasaran pengunjung seramai minimum tiga juta, nilai jualan sekurang-kurangnya RM40 juta dan nilai potensi pembiayaan berjumlah RM600 juta atau sekurang-kurangnya 4,000 permohonan.

Selain itu, turut ditetapkan adalah nilai perjanjian persefahaman sekurang-kurangnya RM6 bilion, bilangan pempamer melebihi 2,000 syarikat dan jumlah ‘outreach’ menerusi media sosial sebanyak 10 juta orang.

“Bagi memastikan KPI yang ditetapkan tercapai, diharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk melaksanakan strategi khusus serta komprehensif.

“Semua warga KPKM perlu bersama-sama berusaha untuk memastikan KPI yang ditetapkan ini dapat dicapai dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Ketua Seketariat MAHA 2024, Zurihanmi Zakariya memaklumkan, kerja-kerja menaik taraf di sekitar MAEPS sedang giat dilaksanakan ketika ini menerusi 18 pakej pengubahsuaian.

“Inisiatif yang terakhir adalah untuk mengubah serba sedikit wajah MAEPS untuk disesuaikan dengan MAHA 2024 yang merupakan penganjuran edisi ke-100,” katanya yang mana kesemua kerja itu dijangka siap pertengahan Ogos depan.

No Image Caption



Reaksi peserta ‘Road to MAHA 2024’

No Image Caption



"Peluang sertai pameran 'Road to MAHA 2024' beri pengalaman terbaik kerana saya dapat tahu produk yang diminati pengunjung.”

Viitoria Lien, Eksekutif Jualan Heritaste.

No Image Caption



"Sebagai usahawan bimbingan FAMA dan MARDI, peluang membuka gerai di MAHA beri peluang untuk saya besarkan segmen pelanggan.”

Hashima Hassan, Pengasas Shimaz Tumisan Bonda.

No Image Caption



"Sebagai peniaga kecil-kecilan, MAHA menjadi platform kepada kami memperluaskan pasaran durian kepada lebih ramai pelanggan sekali gus menjana lebih pendapatan.” Muhammad Hafizul Iezuan Hasrin, Pemilik Durian Abang Sham.

No Image Caption



"Acara besar seperti MAHA menjadi satu batu loncatan untuk memperkenalkan produk tempatan yang kurang mendapat perhatian pelanggan." Mohd Noor Hapizin, Pemilik Ayah Susu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!