Tujuh cedera bas ekspres terbabas langgar pembahagi jalan
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu dan enam penumpang bas ekspres cedera selepas kenderaan itu terbabas lalu melanggar pembahagi jalan selepas Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohammad Yusri Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 6.17 pagi.
"Seramai empat anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjalara bergegas ke lokasi kejadian.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kita mendapati kemalangan tersebut melibatkan mangsa seramai tujuh lelaki," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohamad Yusri berkata, kesemua mangsa yang berada di dalam bas telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan selamat.
“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!