Amalkan perhati, pilih elak keracunan makanan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

ISU keracunan makanan semakin hangat diperkatakan, malah lebih membimbangkan apabila berlaku peningkatan laporan kes terutamanya di dalam kawasan sekolah.

Masalah ini menggusarkan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa yang bimbang akan kesihatan diri dan anak-anak mereka kes keracunan makanan boleh mengundang maut.

Pada Isnin, dua mangsa dilaporkan maut akibat keracunan makanan dipercayai selepas makan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk program di sebuah sekolah di Gombak.

Kes pertama melibatkan remaja lelaki tempatan berusia 17 tahun telah makan makanan yang dibawa balik oleh ibunya selepas menghadiri program di sekolah berkenaan pada Sabtu.

Mangsa kedua pula melibatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang makan makanan sama.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan telah membawa balik makanan selepas selesai program sekolah pada Sabtu.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan selepas makan sarapan dalam Program Kamil Peringkat Daerah Gombak pada Sabtu lalu.

Keracunan makanan itu disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur mata yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa.

Pensyarah Kanan Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Redzwan berkata, penyediaan bahan tercemar dan membiarkan makanan dalam jangka masa lama merupakan faktor risiko tinggi berlakunya keracunan hingga boleh membawa maut.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihak yang mengendalikan makanan seharusnya peka dengan keadaan tersebut.

Justeru itu, dalam hal ini, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memelihara kebersihan makanan termasuklah pengeluar, pengusaha dan peniaga yang menjual makanan.

Pengusaha makanan terutamanya di kantin sekolah perlu memainkan peranan menjaga kebersihan makanan untuk mengelakkan gejala keracunan dalam kalangan murid sekolah.

Dalam pada itu, orang ramai juga dinasihatkan agar mengamalkan sikap perhati dan pilih sebelum membeli makanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!