Empat termasuk tiga wanita Vietnam maut, BMW langgar treler rosak

Empat maut dalam mahas di kilometer 123.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Batu Pahat pada malam Selasa.- Foto JBPM
Empat maut dalam mahas di kilometer 123.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Batu Pahat pada malam Selasa.- Foto JBPM
A
A
A

BATU PAHAT - Empat maut selepas kereta jenis BMW dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler yang rosak dalam kemalangan di kilometer 123.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa maut dalam nahas pada kira-kira jam 9.15 malam itu terdiri daripada tiga wanita warganegara Vietnam dan seorang lelaki tempatan yang merupakan pemandu kereta.

Jelasnya, treler dalam perjalanan dari Semenyih ke Kulai mengalami kerosakan enjin menyebabkan pemandunya terpaksa menghentikan kenderaan itu di tengah lebuh raya.

"Semasa pemandu treler sedang mendapatkan bantuan untuk mengalihkan kenderaannya, secara tiba-tiba datang sebuah kereta melanggar bahagian belakang treler.

"Akibat kejadian itu, pemandu kereta BMW berusia 26 tahun bersama dua penumpang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Empat maut dalam nahas di kilometer 123.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Batu Pahat pada Selasa.- Foto IPD Batu Pahat.
Empat maut dalam nahas di kilometer 123.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Batu Pahat pada Selasa.- Foto IPD Batu Pahat.

"Seorang lagi penumpang yang juga wanita warganegara Vietnam maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

"Kesemua wanita tersebut berusia 19 hingga 32 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori

Artikel Berkaitan:

Menurut Shahrulanuar Mushaddat, pemandu treler berusia 47 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!