RCI Batu Puteh: Tun Mahathir hadir beri keterangan
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Prosiding RCI itu berlangsung di bangunan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU).
Kenderaan yang membawa Dr Mahathir tiba di pekarangan bangunan BHEUU pada jam 10.46 pagi Rabu.
Ketibaannya disambut oleh beberapa pegawai kanannya, bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.
Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengisytiharkan Batu Puteh milik Singapura, Batuan Tengah milik Malaysia, dan Tubir Selatan menjadi hak kepada negara perairannya berada.
Malaysia memohon kepada ICJ supaya mentafsirkan penghakiman pada 2017.
Bagaimanapun pada tahun 2018, pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr Mahathir menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman Batu Puteh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!