Penguat kuasa JPJ tidak mengaku terima suapan RM3,300

Saibullah Zaid dibawa ke lokap Mahkamah Ipoh pada Rabu selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,300, tujuh tahun lalu.
Saibullah Zaid dibawa ke lokap Mahkamah Ipoh pada Rabu selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,300, tujuh tahun lalu.
A
A
A

IPOH - Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,300 tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Saibullah Zaid Abdul Halim, 46, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ibrahim Osman.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh yang juga penjawat awam di JPJ Pulau Pinang didakwa menerima wang berjumlah RM3,300 daripada pengarah sebuah syarikat pengangkut yang berusia 44 tahun.

Bapa kepada tiga anak itu dituduh menerima wang berkenaan melalui akaun bank isterinya berusia 47 tahun berkaitan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ke atas lori-lori milik syarikat tersebut.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah bank Cawangan Kuala Kangsar antara Oktober 2017 hingga Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Saibullah Zaid dibawa ke lokap Mahkamah Ipoh pada Rabu selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,300, tujuh tahun lalu.
Saibullah Zaid dibawa ke lokap Mahkamah Ipoh pada Rabu selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,300, tujuh tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 untuk semua pertuduhan beserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran tempat tinggal setiap bulan tanpa gagal.

Artikel Berkaitan:

Peguam tertuduh, Mohamed Firdaus M Farouk bagaimanapun memohon agar jumlah ikat jamin minimum diberikan ke atas anak guamnya yang mempunyai tanggungan tiga anak yang masih belajar dan isteri.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 untuk kelima-lima pertuduhan selain pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 16 Ogos depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!