Polis berkas lelaki berkelakuan tidak senonoh

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan seorang wanita yang menunggu bas di SS15, di sini pada Jumaat lalu. Gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan seorang wanita yang menunggu bas di SS15, di sini pada Jumaat lalu. Gambar hiasan
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan seorang wanita yang menunggu bas di SS15, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa didatangi suspek menunggang motosikal.

"Suspek kemudian melakukan perkara tidak senonoh di hadapan wanita tersebut," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Wan Azlan berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dalam keadaan mencurigakan di Jalan SS17/2, di sini, pada Isnin.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes melakukan perkara tidak senonoh tersebut.

"Sepasukan anggota polis kemudian ke Jalan PJS 11/14 Bandar Sunway, di sini, untuk membuat rampasan motosikal dan baju suspek yang digunakan dalam kejadian itu," ujarnya.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.

"Suspek direman tiga hari bermula Selasa hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!