Mesir, Jordan, Palestin desak tekanan terhadap Israel henti operasi di Gaza

Keadaan bangunan di Gaza musnah akibat kekejaman tentera Israel. Foto AFP
Keadaan bangunan di Gaza musnah akibat kekejaman tentera Israel. Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi, Raja Jordan Abdullah II dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Selasa mendesak masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan maksimum ke atas Israel bagi menghentikan operasi ketenteraannya di Semenanjung Gaza.

Para pemimpin itu mengadakan sidang kemuncak tiga pihak (tripartite) di luar persidangan "Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza" yang diadakan di Jordan, lapor Sputnik memetik kenyataan pejabat Presiden Sisi.

Mereka juga menyeru penyatuan usaha antarabangsa untuk mencapai penyelesaian dua negara dan menyeluruh bagi isu Palestin, menurut kenyataan itu.

Menteri Luar Jordan Ayman Safadi memberitahu sidang kemuncak itu bahawa Israel melakukan jenayah perang di Semenanjung Gaza yang belum pernah disaksikan sejak beberapa dekad.

Keganasan Israel terhadap Gaza mesti dihentikan serta-merta, kata Safadi.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 37,000 orang telah terbunuh akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza setakat ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!