Hutan paya bakau jadi longgokan sisa domestik

Keadaan longgokan sampah yang dipercayai wujud sejak sekian lama kemungkinan kira-kira 50 tahun lalu.
Keadaan longgokan sampah yang dipercayai wujud sejak sekian lama kemungkinan kira-kira 50 tahun lalu.
A
A
A

MERBOK - Kira-kira 15 longgokan sisa domestik dikenal pasti di hutan paya bakau Sungai Merbok yang mengakibatkan pencemaran sekali gus berisiko memusnahkan ekosistem alam di kawasan terbabit.

Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, imej Sungai Merbok yang terkenal dengan keindahan biodiversiti selain menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara berikutan spesis bakau terbanyak di dunia itu sudah pastinya tercalar akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kemungkinan tabiat membuang sampah di pesisiran sungai paya bakau itu telah wujud sekian lama sejak penempatan bermula atau lebih kurang kira-kira 50 tahun lalu.

"Kami peduli dengan isu sampah ini dan akan siasat, selagi mana boleh berusaha untuk menguruskan sampah ini... tong sampah, tanam atau buat apa yang sepatutnya di dalam kawasan kita.

"Jangan buang di kawasan hutan simpan bakau, ia akan mencemarkan,"katanya ketika melakukan tinjauan ke lokasi berkenaan pada Selasa.

Abdul Gafar menggesa masyarakat mengambil sikap bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran Sungai Merbok.
Abdul Gafar menggesa masyarakat mengambil sikap bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran Sungai Merbok.

Tinjauan bermula di Kampung Sungai Batu Besi dan berakhir di Kampung Segantang Garam itu mendapati terdapat lebih 15 lokasi dijadikan tempat longgokan sampah sisa domestik.

Menurutnya, biarpun kawasan terbabit tidak termasuk dalam kawasan penyelenggaraan pihak berkuasa tempatan (PBT), namun perbincangan akan diadakan bagi memastikan sampah diuruskan dengan baik.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, satu pertemuan dengan pemimpin setempat akan diadakan dalam masa sama bagi memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai langkah menghijaukan semula kawasan khazanah bernilai tersebut.

Tinjauan di lokasi kejadian mengenal pasti lebih 15 lokasi longgokan sampah ditemui sepanjang persisiran sungai hutan paya bakau di Sungai Merbok.
Tinjauan di lokasi kejadian mengenal pasti lebih 15 lokasi longgokan sampah ditemui sepanjang persisiran sungai hutan paya bakau di Sungai Merbok.

Berdasarkan rekod lampau, Sungai Merbok merupakan laluan pedagang di mana wujudnya pelabuhan entrepot semasa pemerintahan Kerajaan Kedah Tua suatu ketika dahulu, selain kisah sejarah mengaitkan penemuan bukti proses peleburan besi Tamadun Awal Asia Tenggara di Sungai Batu, yang hanya berjarak kurang lima kilometer dari lokasi kejadian.

Tambahan pula, jelas Abdul Gafar, langkah awal perlu dilakukan segera sebagai persediaan dan persiapan menerima pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2025.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menggesa masyarakat mengambil sikap bertanggungjawab menjaga kebersihan di samping memelihara flora dan fauna yang wujud di sepanjang pesisiran sungai berkenaan.

Abdul Gafar (kiri) dan Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan meninjau lokasi longgokan sampah.
Abdul Gafar (kiri) dan Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan meninjau lokasi longgokan sampah.

"Kita akan gerakkan langkah dalam usaha menasihati dan memberi peringatan dalam masa sama tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya jika ada pihak yang masih berdegil,"jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!