Sindiket jual tanah Felda: Tiada tanah bertukar hak milik atau terjual

Tangkap layar kenyataan Felda pada Rabu.
Tangkap layar kenyataan Felda pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang bertukar pemilikan atau terjual kepada mana-mana pihak dalam urus niaga sindiket membabitkan penjualan 640 ekar tanah Felda di Bukit Katil, Melaka.

Perkara itu dimaklumkan oleh Felda dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Sehingga kini, tiada kakitangan Felda yang terlibat dan Felda akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam usaha memastikan segala urusan siasatan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu yang disyaki bersekongkol dengan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.

Sumber SPRM memaklumkan, lapan individu terbabit melibatkan broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam yang ditahan di Kuala Lumpur dan Sabah berusia lingkungan 20 hingga 50-an.

Sumber memaklumkan, susulan penahanan itu, SPRM turut menyita hampir 200 akaun bank milik individu dan syarikat membabitkan nilai lebih RM28 juta.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!