Peguam bantah permohonan polis cuba rekod pengakuan salah ibu Zayn Rayyan

Ibu Zayn Rayyan (kanan) selaku orang yang disyaki (OYDS) dalam kes kematian kanak-kanak malang itu dibawa keluar dari mahkamah majistret. - FOTO Astro AWANI
Ibu Zayn Rayyan (kanan) selaku orang yang disyaki (OYDS) dalam kes kematian kanak-kanak malang itu dibawa keluar dari mahkamah majistret. - FOTO Astro AWANI
A
A
A

PETALING JAYA – [DIKEMAS KINI] Dua peguam mendakwa, pihak polis memohon kepada Mahkamah Majistret di sini pada Rabu untuk mendapatkan pengakuan bersalah daripada ibu Zayn Rayyan Abdul Matiiin atas tuduhan membunuh kanak-kanak autisme itu.

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 itu, dalam prosiding secara tertutup di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah.

Menurutnya, seorang lagi peguam, Mahmud Jumaat dibenarkan masuk untuk mengikuti prosiding itu dan membuat bantahan terhadap permohonan berkenaan.

Ini kerana beliau berkata, berdasarkan undang-undang, kanun itu tidak dinyatakan dalam mana-mana prosedur yang jelas.

“Disebabkan tiada peruntukan khusus untuk membuat permohonan, ia menjadi sangat prejudis kepada dua anak guam kami kelak.

“Kami bantah sebab permohonan ini boleh menjejaskan pertahanan kepada pembelaan kami kelak, sekiranya mereka dituduh di mahkamah,” katanya.

Fahmi berkata, seksyen tersebut juga tidak relevan sekiranya polis mahu mendapatkan pengakuan bersalah di hadapan seorang majistret.

Menurutnya, Khamis merupakan hari terakhir pasangan suami isteri itu akan ditahan reman.

Artikel Berkaitan:

Menyentuh tindakan pihak polis membawa ibu Zayn Rayyan ke lokasi mayat kanak-kanak berkenaan ditemui, seorang lagi peguam, Mahmud Jumaat berkata, ia merupakan prosedur biasa dilakukan semasa siasatan dijalankan.

“Ia bagi melengkapkan siasatan, jadi pihak polis perlu bawa suspek ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, ia tidak memberi sebarang indikasi bahawa siapa yang bersalah dalam kejadian terbabit,” katanya.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!