Pelaburan tak wujud: 55 kertas siasatan dibuka, libat kerugian RM4.4 juta

Terbaharu pada Selasa polis telah menerima satu laporan berkait dengan modus operandi sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian yang melibatkan kerugian berjumlah RM1.3 juta. - Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Mohamad Hatta
Terbaharu pada Selasa polis telah menerima satu laporan berkait dengan modus operandi sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian yang melibatkan kerugian berjumlah RM1.3 juta. - Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Mohamad Hatta
A
A
A

SEREMBAN - Polis Seremban menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis(IPD) daerah telah membuka 55 kertas siasatan berhubung penipuan pelaburan tidak wujud membabitkan kerugian RM4.4 juta dari Januari lalu hingga Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 23 individu telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Terbaharu pada semalam (Selasa) polis telah menerima satu laporan berkait dengan modus operandi sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian yang melibatkan kerugian berjumlah RM1.3 juta.

"Mangsa lelaki berusia 45 tahun merupakan seorang pengarah syarikat telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan individu tidak dikenali dan telah menyertai pelaburan secara dalam talian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mangsa telah membuat pindahan wang dengan 16 kali transaksi menggunakan wang miliknya sendiri dan syarikat, pada 29 April lalu sehingga 28 Mei.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan

"Justeru itu orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan secara atas talian dan segera membuat semakan dari menjadi mangsa penipuan.

"Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!