Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak - Felda

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual kepada mana-mana pihak dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.

Felda dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan setakat ini, tiada kakitangannya yang terlibat dalam kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan sindiket penjualan 640 ekar (258.9 hektar) tanah milik Felda di Bukit Katil, Melaka.

"Felda akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam usaha memastikan segala urusan siasatan dapat dilaksanakan dengan baik,” menurut kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan SPRM menahan lapan individu yang disyaki bersekongkol dengan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik Felda di Melaka.

Sumber SPRM memaklumkan lapan individu terbabit melibatkan broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam berusia lingkungan 20 hingga 50-an yang ditahan di Kuala Lumpur dan Sabah. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!