Anwar adakan perjumpaan dengan PM Singapura

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong untuk berbincang mengenai langkah-langkah bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara negara. Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong untuk berbincang mengenai langkah-langkah bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara negara. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong untuk berbincang mengenai langkah-langkah bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara negara.

Lawrence tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari semalam, yang merupakan lawatan sulung beliau selepas dilantik sebagai perdana menteri republik itu pada 15 Mei lepas.

Ketibaan Lawrence bersama isterinya Loo Tze Lui di kediaman rasmi perdana menteri di Kompleks Seri Perdana pada jam 1 tengah hari disambut oleh Anwar, sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan perjumpaan empat mata.

Turut hadir di Kompleks Seri Perdana ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Lawatan Lawrence adalah atas jemputan Anwar. Lawatan ini menekankan komitmen bersama Malaysia dan Singapura dalam mengukuhkan hubungan yang lama terjalin, dan sebagai persediaan bagi sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin yang akan dianjurkan oleh Malaysia hujung tahun ini.

Pada 2023 Malaysia dan Singapura masing-masing rakan dagang kedua terbesar di peringkat global serta terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM363.13 bilion (AS$ 79.60 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!