Pihak terlibat keterjaminan makanan perlu pengecualian penyasaran diesel

Aimi Jusoh
Aimi Jusoh
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kelantan mahu kerajaan memberikan pengecualian terhadap penyasaran subsidi diesel kepada pihak yang terlibat dalam keterjaminan makanan negara.

Pengerusinya, Datuk Aimi Jusoh berkata, ia melibatkan seluruh jentera, mesin dan logisitik yang ada di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara, PPK (Jentera) serta Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) termasuk anak-anak syarikat agensi berkenaan

"Saya bimbang jika kerajaan tidak melihat perkara ini rantai makanan akan mengalami kenaikan.

"Dengan adanya pengecualian ini, saya jangka rakyat akan mendapat makanan berkualiti pada harga berpatutan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, pengeluar makanan yang berada di bawah LPP ketika ini berdepan 'tekanan' kesan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Ujarnya, hal ini kerana semua mereka yang terlibat merupakan tunjang kepada kerterjaminan bekalan makanan negara.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kerajaan menetapkan harga diesel di stesen minyak di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter, kenaikan sebanyak RM1.20 dari RM2.15, bermula Isnin.

Menteri Kewangan Il, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kenaikan tersebut selaras dengan pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Penetapan dibuat mengikut harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!