Lawatan duta 8 negara OIC tingkat keamanan Selatan Thai

Lawatan duta dari lapan negara OIC mengukuhkan kerjasama dua negara, seterusnya meningkatkan keamanan di Selatan Thai.
Lawatan duta dari lapan negara OIC mengukuhkan kerjasama dua negara, seterusnya meningkatkan keamanan di Selatan Thai.
A
A
A

NARATHIWAT (Thailand) – Duta dari lapan negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah mengadakan lawatan ke tiga kawasan di Selatan Thai selama tiga hari bermula 11 Jun bagi mendapat gambaran lebih dekat dasar dan pelaksanaan Kerajaan Thailand bersama agensi berkaitan dalam menyelesaikan konflik serta pembangunan di wilayah berkenaan.

Lawatan tersebut juga sebagai manifestasi sokongan kepada penyelesaian konflik Wilayah Selatan Thai yang dilaksanakan pihak kerajaan Thailand secara aman seiring kepentingan peringkat antarabangsa.

Dalam rangka lawatan itu, delegasi berkenaan akan membina kerjasama dalam pelbagai dimensi seperti hal ehwal luar negara, perdagangan, pelaburan, pelancongan, pembangunan sumber manusia di antara negara OIC dengan agensi-agensi dalam kawasan Wilayah Selatan Thai supaya mencapai hasil yang konkrit dan berterusan.

Turut diberi penekanan mengenai pemahaman yang jelas terhadap aspek budaya dan identiti masyarakat di kawasan tersebut.

Duta-duta tersebut dari Brunei, Mesir, Iran, Malaysia, Maldives, Nigeria, Indonesia, dan Uzbekistan.

Wakil kerajaan tempatan terdiri daripada Setiausaha Southern Border Provinces Administration Centre (SBPAC), Pol Lt Kol Wannapong Kocharat; Gabenor Wilayah Pattani, Patimah Sadijamu; wakil daripada Internal Security Operations Command (ISOC) Region 4 front dan pegawai dari Pasukan Border Patrol Police Wilayah Selatan Thai.

Delegasi turut dibawa melawat ke Masjid Pusat Pattani.
Delegasi turut dibawa melawat ke Masjid Pusat Pattani.

Dalam lawatan itu, duta-duta berkenaan diberi taklimat mengenai gambaran keseluruhan dasar dan operasi agensi kerajaan yang sentiasa memastikan keamanan, keselamatan dan pembangunan di wilayah itu sentiasa terpelihara.

Artikel Berkaitan:

Mereka turut bertemu dan berbincang dengan kumpulan pengeksport barangan dan kumpulan institusi pendidikan yang mempunyai hubungan dan kerjasama dengan negara-negara OIC.

Selain itu, delegasi dibawa melawat pameran fabrik bercorak bunga raya Pattani; demonstrasi pembuatan batik oleh Kumpulan Yaring Batik; lawatan ke Muzium Warisan Budaya Islam dan Pusat Pembelajaran Al-Quran di Daerah Yi-ngor, Wilayah Narathiwat dan lawatan ke Pusat Kajian Pembangunan Pikul Thong, projek Diraja.

Duta-duta berkenaan juga membuat kunjungan ke kawasan masyarakat pelbagai budaya yang terdiri daripada kaum Thai Buddha dan umat Islam yang dapat hidup bersama secara aman di Mukim Kota Bharu, Daerah Raman dan Wilayah Yala.

Delegasi berkenaan dijangka melawat dan mendengar taklimat mengenai pembinaan jambatan ke 2 melintasi sungai Sungai Golok, di Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat dan Maklumat Perdagangan Eksport-Import di CIQS Sungai Golok Wilayah Narathiwat.

Dalam perkembangan sama, Wannapong berkata, lawatan ke Jambatan Sungai Golok memberikan gambaran Kerjasama kukuh Thailand-Malaysia.

Katanya, Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok yang merupakan jambatan melintasi sungai Sungai Golok menghubungkan Bandar Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan dengan Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand.

“Jambatan pertama yang dibina pada tahun 1970 mengikut Resolusi Cadangan oleh Ahli Jawatankuasa Pengangkutan dan Komunikasi ASEAN dalam Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN Ke 2 di Jakarta, Indonesia dan telah dirasmikan penggunaannya pada 21 Mei 1973.

“Sehingga sekarang jabatan tersebut telah berusia 51 tahun yang dianggap sebagai jambatan yang mempunyai kepentingan dalam pembangunan ekonomi dan pengangkutan yang menghubungi antara Thailand dengan Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, pada Tahun 2018, Thailand dan Malaysia telah melebarkan perdagangan dan pelaburan dan mula membuat kajian kesesuaian untuk membina jambatan berkembar sebagai tambahan untuk menampung perkembangan ekonomi kedua-dua negara.

“Struktur binaan jambatan berkembar melintasi sungai Sungai Golok di Daerah Sungai Golok, Wilayah Naratiwat dianggap sebagai simbol yang memberi gambaran terhadap hubungan dan kerjasama yang baik di antara Thailand dan Malaysia.

“Ia juga ada hubung kait dalam kerjasama pembangunan struktur asas pengangkutan dan komunikasi bagi menampung perkembangan ekonomi oleh kedua-dua buah negara pada masa hadapan,” katanya.

Kata beliau, ia juga menunjukkan kepada negara OIC bahawa Thailand telah mempunyai kerjasama yang baik sejak sekian lama dengan Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!