Harga runcit diesel kekal RM3.35

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.35 seliter manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dengan harga RM2.15 seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Jun 2024.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.35 seliter manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dengan harga RM2.15 seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Jun 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM3.35 seliter manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dengan harga RM2.15 seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Jun 2024.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, petrol bagi RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM3.47 seliter serta RM2.05 seliter.

Menurutnya, kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula ‘Automatic Pricing Mechanism’ bagi tempoh 13 Jun 2024 hingga 19 Jun 2024.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya pada Rabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!