Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling, Klang

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (kanan) berkenan mengurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) kepada Kaharuddin Mat Yusoff pada Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan Bagi Penerima-Penerima Daerah Petaling dan Klang sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Selangor Bagi Tahun 2023 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, pada Rabu. Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 penerima bagi daerah Petaling dan Klang.

Pengurniaan adalah bersempena ulang tahun ke-78 Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengiringi Tengku Amir Shah pada istiadat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim serta barisan exco kerajaan negeri.

Pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Pengadil Selango,r Mohd Zubir Muhamad Shari dianugerahkan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S) yang dikurniakan kepada pegawai atau ahli sukan negeri termasuk sukan paralimpik, yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dan penglibatan sekurang-kurangnya tiga tahun serta memenangi pingat dalam kejohanan di peringkat negeri atau kebangsaan.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mengurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T), Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C), Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) dan Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S) kepada 165 penerima pada Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan Bagi Penerima-Penerima Daerah Petaling dan Klang sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-78 Sultan Selangor Bagi Tahun 2023 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, pada Rabu. Foto Bernama

Seramai 13 individu menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) kerana telah melakukan sesuatu perbuatan terbilang dan terpilih pekertinya di Selangor.

Selain itu, seramai 40 individu menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (PPC) bagi menghargai jasa mereka yang telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan Selangor sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh tahun.

Sementara itu, bagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pula, seramai 101 individu yang berjasa kepada negeri Selangor dianugerahkan pingat berkenaan manakala 10 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) kerana telah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan negeri lebih 20 tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!