[VIDEO] Polis tahan datuk, nenek Zayn Rayyan

A
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin, 6, di sini pada Rabu.

Menurut sumber, kedua-dua mereka itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang untuk membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

"Mereka akan dibawa ke mahkamah esok untuk permohonan reman bagi membantu siasatan polis," katanya pada Rabu.

Sementara itu, peguam, Fahmi Abd Moin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Fahmi ketika dihubungi mengesahkan penahanan datuk dan nenek Zayn Rayyan pada Rabu.
Fahmi ketika dihubungi mengesahkan penahanan datuk dan nenek Zayn Rayyan pada Rabu.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan ibu bapa kepada Zayn Rayyan yang direman selama tujuh hari berakhir Jumaat, disambung reman kali kedua selama enam hari lagi sehingga Khamis.

Artikel Berkaitan:

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!