1,000 haiwan eksotik rentung pasar minggu Chatuchak terbakar

Anggota bomba membawa seekor ayam serama yang terperangkap dalam kebakaran di Pasar Minggu Chatuchak di Bangkok.
Anggota bomba membawa seekor ayam serama yang terperangkap dalam kebakaran di Pasar Minggu Chatuchak di Bangkok.
A
A
A

BANGKOK - Kira-kira 1,000 haiwan eksotik, reptilia dan haiwan peliharaan dilaporkan rentung dalam kebakaran besar yang menyebabkan lebih 100 buah kedai hangus di Bangkok.

Gabenor Bangkok, Chad Sittipunt berkata, kebakaran meliputi keluasan 1,300 meter persegi melanda Pasar Hujung Minggu Chatuchak dan menyebabkan sekurang-kurangnya 1,000 ekor haiwan mati termasuk anjing, kucing, burung, ular, labah-labah dan ikan laga Siam.

Superintenden Polis, Phuwadon Ounpho berkata, kira-kira 118 kedai hangus manakala siasatan awal menunjukkan kebakaran berpunca daripada pendawaian elektrik.

Pasar Chatuchak terkenal dengan kedai yang menjual pakaian fesyen, aksesori dan haiwan eksotik yang menarik ribuan pengunjung setiap hujung minggu.

Pasar itu juga menjadi tarikan pelancong yang popular selain juga destinasi membeli-belah yang popular di kalangan penduduk tempatan.

Seorang inspektor polis yang menyiasat kes itu berkata, api telah berjaya dipadamkan pada jam 6 pagi (waktu tempatan) dan punca kebakaran sedang disiasat. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!