Enam kenderaan, tiga basikal elektrik terbakar
JOHOR BAHRU - Enam kenderaan serta tiga basikal elektrik musnah dalam satu kebakaran di Taman Pelangi Indah di sini awal pagi hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Johor Jaya, Kilok Anak Lampas memberitahu kebakaran terbabit berlaku di sebuah pondok meletak kenderaan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.35 pagi.
"Antara kenderaan yang musnah termasuk sebuah kereta Mercedes, dua van, tiga motosikal dan tiga basikal elektrik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!