Ernie Zakri di kelas tersendiri

Ernie
Ernie
A
A
A

LAGU Masing Masing nyanyian penyanyi terkenal, Ernie Zakri terus mendapat sambutan hangat bukan saja dalam negara, tapi juga di luar negara.

Lagu ciptaan komposer dari Indonesia, Ade Govinda itu turut melakar sejarah tersendiri apabila menduduki carta teratas di stesen radio tempatan dan Indonesia selain sohor kini di laman sosial.

Terbaharu, Ernie Zakri telah merakamkan lagu Masing Masing dalam versi tradisional dan mengakui ia memberikan pengalaman berbeza buat dirinya apatah lagi itu pertama kali beliau merakamkan lagu versi tradisional.

Ernie menganggap Masing Masing dalam versi tradisional sebagai menarik dan unik.
Ernie menganggap Masing Masing dalam versi tradisional sebagai menarik dan unik.

“Apa boleh dikatakan, ia adalah proses yang tidak susah sebenarnya kerana sejak pertama kali saya dengar muzik Masing Masing versi instrumental yang dibuat khas sempena majlis pelancaran album Aura dan pelantikan duta tudung Ayuwan pada November lalu, saya terus jatuh cinta dan bersetuju jika ia dijadikan juga sebagai versi lain.

“Apabila ramai peminat minta kami untuk rakam bahagian vokal, saya fikir ini juga menjadi peluang terbaik untuk saya memanjangkan tempoh untuk mempromosikan lagu Masing Masing. Saya harap ramai dapat menikmati lagu ini sebagaimana mereka mendengarkan lagu-lagu lain,” katanya.

Lagu Masing Masing adalah single pertama yang dipertaruhkan daripada album Aura. Video muzik rasmi lagu tersebut sudah mencecah 6.6 juta tontonan. Malah, lagu itu juga mengekalkan kedudukan nombor 1 di carta RIM selama empat minggu.

Lagu Masing Masing (versi tradisional) boleh didengari di semua digital platform seperti Sportify, Apple Music, dan YouTube Music, manakala lirik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!