Suami isteri sesak nafas kedai terbakar

Operasi pemadaman dilakukan anggota bomba dalam kebakaran sebuah kedai di Jalan Bunga Anggerik, Tanjung Malim pada Khamis. Gambar kanan: Kesan kebakaran melibatkan sebuah premis pemborong makanan di Jalan Bunga Anggerik, Tanjung Malim pada Khamis. - Foto: Bomba Perak
Operasi pemadaman dilakukan anggota bomba dalam kebakaran sebuah kedai di Jalan Bunga Anggerik, Tanjung Malim pada Khamis. Gambar kanan: Kesan kebakaran melibatkan sebuah premis pemborong makanan di Jalan Bunga Anggerik, Tanjung Malim pada Khamis. - Foto: Bomba Perak
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sepasang suami isteri mengalami sesak nafas selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah kedai di Jalan Bunga Anggerik di sini pada Khamis.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim pada jam 4.34 pagi melibatkan bangunan dua tingkat kedai pemborong makanan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran melibatkan bahagian bawah premis dengan kemusnahan 60 peratus.

"Mangsa berusia 31 dan 36 tahun yang berada di bahagian atas kedai berkenaan berjaya dibawa keluar oleh anggota penyelamat.

"Kedua-duanya mengalami sesak nafas akibat terhidu asap dan telah dihantar ke hospital oleh jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, tindakan pantas dilakukan anggota turut berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Kemboja yang berada di bangunan bersebelahan.

Katanya, wanita terbabit dibawa keluar dari bangunan itu tanpa sebarang kecederaan.

"Anggota terlibat mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya membuat pemadaman sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

"Operasi yang turut dibantu anggota balai Bomba dan Penyelamat Slim River itu tamat pada jam 6.18 pagi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!