Don Daniyal kembali mengacara Salam Baitullah

Don Daniyal kembali mengacara Salam Baitullah selepas direhatkan susulan kontroversi membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang beliau ceritakan.
Don Daniyal kembali mengacara Salam Baitullah selepas direhatkan susulan kontroversi membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang beliau ceritakan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid, 39, menyambung semula tugas sebagai pengacara rancangan Salam Baitullah di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

RTM dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu, memaklumkan bahawa Salam Baitullah 2024 kembali menampilkan gandingan Don Daniyal, Fakhrul Radzi dan Megat Mohd Zaid sebagai pengacara.

Sebelum ini media melaporkan, Don Daniyal direhatkan daripada mengendalikan rancangan tersebut susulan kontroversi membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang beliau ceritakan.

Perkara berkenaan telah disahkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman selepas pertemuan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Don Daniyal bagi membincangkan mengenai kontroversi tercetus.

Susulan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, kisah tersebut benar, namun ia hanya ditolak sekali sahaja pada tahun pembukaan kota Makkah sewaktu Ummu Hani baharu memeluk Islam manakala dua lamaran yang berlaku sebelum Islam tidak diterima kerana sanad riwayatnya terlalu lemah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!