Bekalan air di Arau, Kangar kembali pulih

Bekalan air yang terjejas di kawasan Arau dan Kangar kembali pulih selepas Pam Air Bersih di Loji Rawatan Air (LRA) Fasa 4, Kampung Sena di Arau beroperasi seperti biasa.. Gambar hiasan
Bekalan air yang terjejas di kawasan Arau dan Kangar kembali pulih selepas Pam Air Bersih di Loji Rawatan Air (LRA) Fasa 4, Kampung Sena di Arau beroperasi seperti biasa.. Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - Bekalan air yang terjejas di kawasan Arau dan Kangar kembali pulih selepas Pam Air Bersih di Loji Rawatan Air (LRA) Fasa 4, Kampung Sena di Arau beroperasi seperti biasa.

Syarikat Air Perlis (SAP) menerusi makluman di laman Facebook rasminya memaklumkan kerja baik pulih kerosakan suis utama pam air bersih di LRA berkenaan siap sepenuhnya dan loji itu telah beroperasi pada tahap maksimum 100 peratus.

Menurut SAP, pengoperasian LRA secara maksimum itu memboleh para pengguna mula mendapat tekanan air yang lebih baik dan peningkatan kuantiti pembekalan air secara berperingkat.

"Pemulihan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza-beza bergantung kepada jarak dari KTA (tangki air) dan tekanan air di dalam sistem agihan.

"SAP sedaya upaya mengambil segala usaha agar dapat terus membekalkan air kepada pengguna seperti sedia kala.," menurut makluman itu.

Pada Rabu, Bernama melaporkan lebih 40,000 akaun pengguna air terjejas di dua kawasan terbabit selepas berlaku kerosakan Pam Air Bersih di LRA itu pada 11 Jun akibat gangguan elektrik terhadap suis utama pam itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Perlis Izizam Ibrahim berkata gangguan elektrik itu menyebabkan dua daripada tiga pam di situ terjejas mengakibatkan bekalan air terganggu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!