[VIDEO] Lelaki tikam mati isteri direman tujuh hari

A
A
A

IPOH - Lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dalam kejadian di Laluan Simee 11, Kampung Simee dekat sini pada Rabu direman tujuh hari sehingga 19 Jun depan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 56 tahun itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang tiba di mahkamah jam 11.10 pagi kelihatan tenang dengan berpakaian kemeja-T putih dan berseluar trek kelabu.

Lelaki terbabit ditahan di lokasi kejadian selepas polis menerima maklumat orang awam terdapat seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan berlumuran darah.

Suspek yang tiba di mahkamah jam 11.10 pagi kelihatan tenang dengan berpakaian kemeja-T putih dan berseluar trek kelabu.
Suspek yang tiba di mahkamah jam 11.10 pagi kelihatan tenang dengan berpakaian kemeja-T putih dan berseluar trek kelabu.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi itu, suspek dipercayai telah menikam isterinya berusia 48 tahun beberapa kali akibat berlaku pertengkaran.

Mangsa ditemui terbaring di kawasan garaj rumahnya dengan tiga kesan tikaman di dada dan kecederaan di bahagian kepala.

Artikel Berkaitan:

Polis turut merampas sebatang besi yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu yang turut disaksikan anak perempuan pasangan terbabit yang berusia 12 tahun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!