Pandu lawan arus: Wanita bebas jaminan polis, tunggu laporan psikiatri
KUALA PILAH - Seorang wanita yang ditahan selepas memandu secara berbahaya dengan melawan arus dan melanggar kenderaan polis di sini pada Ahad lalu,dilepaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, wanita berusia 55 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya selama tiga hari berakhir pada Rabu.
"Ketika ini pihak polis sedang menunggu laporan perubatan psikiatri suspek untuk tindakan lanjut dan kes ini masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita bukan saja memandu secara berbahaya dengan melawan arus di Jalan Yam Tuan Raden di sini, malah turut melanggar kenderaan polis ketika cuba melarikan diri pada Ahad.
Bagaimanapun kenderaan Toyota Vios dipandu wanita itu akhirnya ditahan di persimpangan Jalan Bahau-Kuala Pilah berhadapan Stesen Minyak Petron Bahau di Jempol.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!