Datuk, nenek Zayn Rayyan akan dibebaskan dengan jaminan polis
PETALING JAYA - Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mereka hanya ditahan 24 jam untuk diambil keterangan.
"Pembebasan hanya akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan tidak akan dibawa ke mahkamah (untuk reman)," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Sementara itu, peguam mewakili mereka, Fahmi Abd Moin berkata, pasangan suami isteri itu masih berada di IPD Petaling Jaya untuk dirakam keterangan.
"Saya hanya dimaklumkan semalam ketika hadir ke IPD Petaling Jaya, mereka kata untuk bantu siasatan kes.
"Lebih daripada itu saya tak tahu.. mereka telah diambil keterangan dari semalam, tengah malam, pagi. Polis sedang ambil keterangan lagi hari ini.
"Sepatutnya hari ini ada reman tapi saya difahamkan memang tak ada dan akan dilepaskan petang ini," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan suami isteri berusia 56 tahun itu ditahan polis di Subang Bestari, kira-kira jam 2.30 petang.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
@sinarharianonline Siapakah si pelaku yang sanggup membunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin? Ia masih menjadi misteri dan teka teki buat rakyat Malaysia setelah pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal. Hari ini, mereka disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Berikut kronologi kes yang menjadi tumpuan sejak minggu lalu. Muzik: Veace D - Flash dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #ZaynRayyan #IbuBapa #Mahkamah #fyp
original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!