[VIDEO] Ibu bapa Zayn Rayyan sedang jalani rawatan psikologi - Peguam

A
A
A

PETALING JAYA - Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin sedang menjalani rawatan psikologi selepas kejadian yang menimpa anak sulung mereka enam bulan lalu.

Peguam Mahmud Jumaat berkata, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mendapatkan rawatan ini sejak awal lagi kes ini berlaku.

"Depresi ini sudah berlaku sebelum kedua-dua mereka ditahan reman, jelas sekali, mana-mana keluarga apabila kehilangan orang tersayang akan mengalami depresi.

"Saya percaya dari awal kes mereka sudah dapatkan rawatan, apatah lagi mereka mempunyai anak autisme seorang lagi iaitu Mateen," katanya.

Beliau berkata demikian sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini pada Khamis.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!