Wajibkah pesakit buah pinggang jalani hemodialisis tunai haji?

GUGUR kewajipan menunaikan ibadah haji di Makkah bagi pesakit kronik namun wajib melaksanakan badal haji jika berkemampuan. Foto CANVA
GUGUR kewajipan menunaikan ibadah haji di Makkah bagi pesakit kronik namun wajib melaksanakan badal haji jika berkemampuan. Foto CANVA
A
A
A

MELAKSANAKAN ibadah haji bagi yang berkemampuan atau istito'ah merupakan Rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan.

Syarat istito’ah merangkumi kemampuan dari pelbagai sudut termasuk kewangan, aman dalam perjalanan, sihat tubuh badan dan tiba giliran untuk mengerjakannya.

MENUNAIKAN haji di Makkah merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib ditunaikan umat Islam yang berkemampuan. Foto CANVA
MENUNAIKAN haji di Makkah merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib ditunaikan umat Islam yang berkemampuan. Foto CANVA

Bagaimanapun timbul persoalan mengenai pesakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan hemodialisis secara berkala, apakah kewajipan tersebut telah terbatal?

Menjawab soalan tersebut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, tidak wajib atas pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang untuk menunaikan ibadah haji.

“Bagaimanapun, mereka masih diwajibkan untuk melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan dari sudut kewangan,” ujarnya seperti disiarkan dalam artikel Irsyad Hukum Khas Haji dan Korban siri ke-88: Kewajipan haji bagi pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis.

Menurutnya, ALLAH SWT mewajibkan umat Islam mengerjakan ibadah haji seperti firmannya dalam ayat ke-97 Surah Ali Imran:

“Dan ALLAH mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”

Artikel Berkaitan:

KEMAMPUAN dari sudut sihat tubuh badan amat diperlukan memandangkan banyak ibadah fizikal digunakan dalam ibadah haji. Foto CANVA
KEMAMPUAN dari sudut sihat tubuh badan amat diperlukan memandangkan banyak ibadah fizikal digunakan dalam ibadah haji. Foto CANVA

“Imam An-Nawawi menerangkan maksud istito’ah (kemampuan) tersebut merangkumi lima perkara iaitu mempunyai kenderaan, bekalan atau kewangan yang mencukupi, aman dalam perjalanan, sihat tubuh badan dan mampu untuk sampai dalam masa haji seperti yang disebutkan dalam kitab Raudhah at-Talibin.

“Berdasarkan pernyataan di atas, ia menunjukkan bahawa kesihatan tubuh badan merupakan salah satu daripada syarat kemampuan untuk melaksanakan haji.

“Oleh yang demikian, sesiapa yang menghidapi penyakit kronik yang tidak memungkinkan mereka untuk pergi menunaikan haji, maka tiada kewajipan ke atas mereka. Ini kerana mereka tidak dikira sebagai golongan yang berkemampuan,” hurainya.

Hal ini juga seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada kali ke-84 iaitu:

1 - Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan ibadah haji.

SALAH satu syarat wajib menunaikan haji adalah istito'ah atau mampu termasuk sihat tubuh badan. Foto CANVA
SALAH satu syarat wajib menunaikan haji adalah istito'ah atau mampu termasuk sihat tubuh badan. Foto CANVA

2 - Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan.

3 - Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!