Ibu Fadhlina terima rawatan rapi di Hospital Serdang
SHAH ALAM - Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek iaitu Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor sedang menerima rawatan rapi di Hospital Serdang sejak tengah malam semalam.
Beliau menyarankan untuk tidak menziarahi ibunya terlebih dahulu atas faktor kawalan rapi kesihatan dan keselamatan.
“Saya mohon izin untuk memberikan waktu kepada kami sekeluarga menumpukan perhatian terhadap keadaan bonda buat masa ini.
“Saya juga mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku termasuk penundaan, pembatalan mahupun penukaran sebarang kegiatan yang dijadualkan,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Fadhlina memaklumkan bahawa majlis bacaan yassin diadakan di Bilik Syura Kolej Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang atau orang ramai boleh turut mengikuti menerusi strim langsung di Facebook milik Kolej Dar al-Hikmah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!