[VIDEO] 'Terima kasih PDRM, atas layanan diberikan'


Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/669879/berita/semasa/terima-kasih-pdrm-atas-layanan-diberikan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #ZaynRayyan #PDRM #bebas" />
A
A
A

PETALING JAYA - "Saya dan isteri dilayan dengan baik oleh pihak polis." Itu reaksi, Zahari Mohd Reba datuk kepada Zayn Rayyan selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.

Zahari berkata, dia dan isteri mengucapkan penghargaan atas sikap profesional Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang penahanannya.

"Saya dan isteri dilayan dengan baik, diberi makan dan minum, saya sejujurnya amat berterima kasih kepada pihak polis.

"Saya ditahan semalam (Rabu) dan dibawa terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk rakam keterangan, memang mereka laksana tugas dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pekarangan luar IPD Petaling Jaya pada Khamis.

Zahari (kanan) ketika mengadakan sidang akhbar di pekarangan luar IPD Petaling Jaya pada Khamis.
Zahari (kanan) ketika mengadakan sidang akhbar di pekarangan luar IPD Petaling Jaya pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis kira-kira jam 2.30 petang pada Rabu.

Pada Khamis, ibu bapa kepada Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!