'Adik Zayn Rayyan rindu mummy, daddy'

Zahari (kanan) keluar meninggalkan IPD Petaling Jaya selepas dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 2.30 petang sambil diiringi Peguam, Fahmi Abd Moin. Foto Sinar Harian
Zahari (kanan) keluar meninggalkan IPD Petaling Jaya selepas dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 2.30 petang sambil diiringi Peguam, Fahmi Abd Moin. Foto Sinar Harian
A
A
A

PETALING JAYA - 'Mateen sentiasa singkap tirai menanti kepulangan ibu dan ayahnya,' kata Zahari Mohd Reba mengenai keadaan cucunya yang merupakan adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika berada di dalam jagaannya sebelum ini.

Zahari berkata, Mateen menunjukkan tingkah laku itu setiap kali waktu petang sepanjang tempoh penahanan ibu bapanya.

"Sepanjang penahanan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, memang saya dan isteri yang jaga dia.

"Setiap kali waktu petang, dia akan menyingkap tirai tingkap, nak lihat sama ada mummy dan daddy balik atau tidak, badan dia pun agak susut sedikit, mungkin sebab rindukan mereka berdua," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini pada Khamis.

Sementara itu, ketika ditanya berkaitan jaminan yang dikenakan terhadap anak dan menantunya, Zahari berkata dirinya tidak tahu berkaitan perkara berkenaan.

"Telefon bimbit saya diambil oleh pihak polis untuk sebahagian daripada proses siasatan, jadi saya tak ada sebarang maklumat berkaitan perkara tersebut.

"Sepanjang saya dan isteri ditahan, Mateen dijaga oleh ahli keluarga saya di Rawang," katanya.

Zahari dan isterinya, Hasni Zakaria keluar meninggalkan IPD Petaling Jaya selepas dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 2.30 petang sambil diiringi Peguam, Fahmi Abd Moin.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan ditahan polis kira-kira jam 2.30 petang, Rabu.

Pada Khamis, ibu bapa kepada Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Siapakah si pelaku yang sanggup membunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin? Ia masih menjadi misteri dan teka teki buat rakyat Malaysia setelah pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal. Hari ini, mereka disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Berikut kronologi kes yang menjadi tumpuan sejak minggu lalu. Muzik: Veace D - Flash dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #ZaynRayyan #IbuBapa #Mahkamah #fyp

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!