Sindiket jual air dadah guna Wechat

Mohamed Mokhsein (tiga dari kanan) menunjukkan antara botol minuman berisi dadah yang dijual suspek.
Mohamed Mokhsein (tiga dari kanan) menunjukkan antara botol minuman berisi dadah yang dijual suspek.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Taktik sindiket yang mencari untung menjual dadah dengan menggunakan aplikasi Wechat terbongkar dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, operasi pertama berjaya mengesan seorang ejen hartanah di sebuah kondominium di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur kira-kira jam 10.50 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan dalam kereta yang dinaiki lelaki itu menemui serbuk ekstasi seberat kira-kira tiga kilogram (kg).

"Soal siasat kemudian membawa kepada serbuan di sebuah lagi kondominum di Kajang pada pada jam 1.50 petang hari yang sama dan menahan masing-masing seorang lelaki tempatan dan wanita warga Thailand disyaki pasangan kekasih.

"Pemeriksaan di kediaman itu menemui 1,802 biji pil ekstasi, 425 botol minuman mengandungi cecair ekstasi, 3.6kg serbuk ekstasi serta 80 batang rokok mengandungi dadah ganja," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Antara botol minuman berisi dadah yang dirampas susulan tertangkapnya suspek di sebuah kondominium di Kajang, kelmarin.
Antara botol minuman berisi dadah yang dirampas susulan tertangkapnya suspek di sebuah kondominium di Kajang, kelmarin.

Beliau berkata, dianggarkan kesemua dadah yang dirampas bernilai RM788,700.

Beliau memberitahu, polis turut mengesyaki mereka berperanan sebagai 'runner' dan aktif di sekitar ibu negara, Johor Bharu dan Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

"Suspek juga dikesan mempromosikan jualan dadah mereka di aplikasi Wechat. Kita percaya suspek turut mempunyai jaringan rangkaian sindiket lain.

Antara iklan yang dimuat naik suspek di media sosial Wechat untuk menjual minuman berisi dadah.
Antara iklan yang dimuat naik suspek di media sosial Wechat untuk menjual minuman berisi dadah.

"Polis juga percaya minuman dadah itu dijual pada harga RM200 sebotol," katanya.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kesemua suspek berusia lingkungan 27 sehingga 31 tahun itu kini direman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!