Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 37,232 orang
GAZA - Jumlah korban warga Palestin akibat serangan kejam Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 37,232 orang, sumber perubatan mengesahkannya pada Khamis.
Sumber berkata, sekurang-kurangnya 85,037 yang lain cedera dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan 105 lagi cedera dalam serangan yang dilakukan Israel, 24 jam yang lepas.
Sumber berkata, banyak lagi mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan dan berada di atas jalan kerana pasukan penyelamat masih belum dapat sampai kepada mereka. Bernama-Wafa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!