Cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan - MetMalaysia

Tujuh kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Mukah, Sarawak merekodkan cuaca panas Tahap 1 pada Khamis. Gambar hiasan
Tujuh kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Mukah, Sarawak merekodkan cuaca panas Tahap 1 pada Khamis. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan lapan kawasan merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga pada Khamis.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan, ia membabitkan tujuh kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Mukah, Sarawak.

"Tujuh kawasan di Semenanjung membabitkan Perlis; Baling, Kedah; Kuala Kangsar, Perak dan empat lagi kawasan di Kelantan iaitu Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Status terkini cuaca panas pada Khamis.
Status terkini cuaca panas pada Khamis.

"Cuaca panas Tahap 1 dikategorikan apabila suhu maksimum harian 35-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut," kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan, Monsun Barat Daya akan bermula pada 17 Mei dan dijangka berterusan sehingga September depan.

Sepanjang tempoh tersebut jelasnya, taburan hujan dijangka rendah di kebanyakan tempat sekali gus boleh menyebabkan berlaku fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!