Arafah #QuranHour di Masjid As Siddiqin Mukim Panchor

Program Arafah #QuranHour akan diadakan di Masjid As Siddiqin Mukim Panchor, Pengkalan Chepa, Ahad ini.
Program Arafah #QuranHour akan diadakan di Masjid As Siddiqin Mukim Panchor, Pengkalan Chepa, Ahad ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Rumah Ngaji di sini mengajak seluruh umat Islam untuk mengikuti program Arafah #QuranHour yang akan diadakan di Masjid As Siddiqin Mukim Panchor, Pengkalan Chepa, Ahad ini.

Ia akan diadakan bermula jam 10.30 pagi hingga 2 petang dengan bertemakan ‘Reset Takwa’.

Pengarah program, Surena Mohd Noor berkata, program tersebut akan mengangkat surah al-Jumu’ah dan al-Hajj sempena perhimpunan terbesar umat Islam di Padang Arafah, Makkah pada hari tersebut.

"Tema yang dibawa adalah untuk mengembalikan takwa para jemaah, alumni dan bakal haji sempena hari Arafah.

"Reset takwa ini penting bertujuan membentuk Mukmin sejati dan ia perlu diingati sepanjang masa terutamanya setiap minggu pada hari Jumaat yang disampaikan oleh khatib ketika membaca khutbah," katanya.

Menurut beliau, orang yang terbina dengan takwa ini takut dengan ALLAH SWT dan akan melakukan segala suruhan-Nya malah secara tidak langsung menjadi agen perubahan sama ada di dalam rumah, organisasi, masyarakat serta negara.

Ujar Surena, orang ramai diminta untuk berpakaian serba putih untuk memeriahkan lagi suasana majlis.

Beliau berharap, peluang tersebut tidak dilepaskan kerana dalam kedua-dua surah al-Jumu’ah dan al-Hajj jelas menyebut mengenai seruan ALLAH SWT untuk umat Islam bertakwa dan melaksanakan ibadah.

Artikel Berkaitan:

"Dalam ibadah haji kalau kita faham salah satu tuntutan adalah mendekatkan diri dengan ALLAH SWT, seperti sedia maklum surah al-Jumu’ah mengajak umat Islam supaya ‘reset’ semula diri setiap hari Jumaat.

"Begitu juga dengan surah al-Hajj, kandungan dalam surah berkenaan banyak menjelas dan mengajak semua manusia untuk bertakwa kepada-Nya,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!