Lelaki warga Thailand maut, van rempuh belakang treler di WCE

Seorang lelaki warga Thailand maut setelah van yang dinaiki bersama seorang lagi individu dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah treler. Foto JPBM Perak
Seorang lelaki warga Thailand maut setelah van yang dinaiki bersama seorang lagi individu dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah treler. Foto JPBM Perak
A
A
A

MANJUNG - Seorang lelaki warga Thailand maut setelah van yang dinaiki bersama seorang lagi individu dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 2115.1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), di sini malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad kejadian berlaku sekitar jam 8.54 malam.

Beliau berkata, mangsa menaiki van jenis Toyota itu bersama seorang lagi lelaki yang cedera ringan dan berjaya keluar sendiri sebelum bomba tiba.

Seorang lelaki warga Thailand maut setelah van yang dinaiki bersama seorang lagi individu dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 2115.1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), di sini malam tadi. Foto JPBM Perak

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar digerakkan ke lokasi kejadian dan sampai jam 9.07 malam.

"Didapati terdapat dua lelaki warga Thailand yang terbabit dalam kemalangan itu, seorang cedera ringan manakala seorang lagi tersepit.

Terdapat dua lelaki warga Thailand yang terbabit dalam kemalangan itu, seorang cedera ringan manakala seorang lagi tersepit. Foto JPBM Perak
Terdapat dua lelaki warga Thailand yang terbabit dalam kemalangan itu, seorang cedera ringan manakala seorang lagi tersepit. Foto JPBM Perak

"Komander operasi mengarahkan anggota membawa keluar mangsa tersepit dan menyerahkannya kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, katanya, petugas KKM mengesahkan mangsa yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!