Tip penyusuan badan Tya Arifin

IBU kepada Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa ini pernah dinobatkan sebagai Ikon Selebriti Penyusuan Ibu 2019 oleh pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.
IBU kepada Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa ini pernah dinobatkan sebagai Ikon Selebriti Penyusuan Ibu 2019 oleh pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.
A
A
A

BAGI seorang wanita bergelar ibu, tiada yang lebih membahagiakan apabila berjaya melaksanakan penyusuan badan secara eksklusif kepada cahaya mata sendiri.

Namun begitu, untuk mencapai matlamat tersebut bukan mudah sekiranya tidak disusuli dengan usaha, kaedah dan sokongan daripada individu sekeliling.

Perkara tersebut diakui oleh pelakon dan penyanyi dari seberang, Tya Arifin yang juga menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Justeru, ikuti perkongsian positif @tyaarifinnw lima cara memperbanyakan susu badan khususnya kepada golongan ibu baharu.Tip:

1) Para ibu perlu sentiasa berfikiran positif.

2) Jangan tertekan kerana ia akan mempengaruhi produksi air susu badan.

3) Minum air putih sekurang-kurangnya tiga hingga lima liter seharu bagi mengelakkan dehidrasi yang boleh menjejaskan pengeluaran air susu.

4) Sentiasa melakukan rutin mengepam untuk mengosongkan payudara.

Artikel Berkaitan:

5) Selepas kosong secara automatik ia akan mengeluarkan air susu yang lebih banyak.

TYA (kiri) gemar berkongsi pengalaman penyusuan badan dan tip keibubapaan menerusi laman sosial @tyaarifinnw dan @journeywithtya.
TYA (kiri) gemar berkongsi pengalaman penyusuan badan dan tip keibubapaan menerusi laman sosial @tyaarifinnw dan @journeywithtya.

Sumber: @tyaarifinnw @journeywithtya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!