Heret ke mahkamah jika ganggu keamanan, Perlembagaan - PM

Anwar ketika berucap pada Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar ketika berucap pada Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran mana-mana pihak termasuk penjawat awam yang mengganggu gugat keamanan dan Perlembagaan negara akan diheret ke mahkamah.

Tegasnya, terdapat beberapa perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipertikaikan.

"Jangan gugat kekuatan negara dan prinsip utama Perlembagaan negara. Kalau gugat, kita akan ambil tindakan dan dakwa mereka," katanya di Himpunan Aspirasi Madani Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di sini pada Jumaat.

Jelas beliau, Kerajaan Madani membawa perubahan namun penggunaan media sosial yang ketika ini dilihat semakin bebas.

"Saudara, orang panggil saya dajal pun saya tak padamkan, tetapi kalau dia hasut kaum benci kaum lain, hina agama, bawa fatwa sendiri, itu tidak boleh.

"Kita kena jaga keamanan. Apa ikrar kita sebagai penjawat awam dalam Rukun Negara?

"Ada hal-hal dari segi Perlembagaan kita tidak boleh pertikaikan. Baik kenyataan orang Melayu, Cina, Sabah Sarawak, saya tidak peduli," katanya.

Ujar Anwar, beliau tidak mahu menjadi seorang pemimpin yang mengizinkan kehancuran berlaku.

Artikel Berkaitan:

"Boleh sebut soal kaum dan negara tetapi jangan fitnah, jangan tanam bibit ini.

"Belajar daripada negara lain. Pergaduhan antara kaum, agama, hancur negara," ujar beliau.

Tambahnya, tanggungjawab untuk menjaga negara adalah terletak di bahu semua pihak.

"Bicara sekarang kadangkala melebihi hak dan prinsip Perlembagaan.

"Boleh bicara tetapi jangan langgar kerana tanggungjawab kita adalah untuk menjaga negara.

"Ia bukan tanggungjawab menteri tetapi kita semua," katanya.

Sementara itu, dalam ucapan sama Anwar mahu Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) membantu dalam menjelaskan segala dasar kerajaan dan menjadi benteng persepsi negatif rakyat.

Kumpulan itu yang kini mempunyai keahlian seramai 22,379 diharap menjadi teladan kepada nilai-nilai positif tata kelola yang baik, membetulkan perspektif pegawai awam serta menjadi sumber maklumat tepat bagi menyokong hasrat Malaysia Madani.

Beliau berkata, hal ini termasuk membetulkan persepsi awam yang mendakwa Kerajaan Perpaduan hari ini turut membuat campur tangan di mahkamah dan pendakwaan yang mungkin diamalkan kepimpinan kerajaan terdahulu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!