Remaja tiada lesen pandu Mercedes pergi institut memandu

JPJ menyita kereta jenis Mercedes A250 selepas menahan pemandunya yang tiada lesen memandu, di sini, pada Rabu. Foto: JPJ Selangor
JPJ menyita kereta jenis Mercedes A250 selepas menahan pemandunya yang tiada lesen memandu, di sini, pada Rabu. Foto: JPJ Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - 'Lagak' pandu Mercedes A250 untuk hadiri ujian memandu di sebuah institut di sini, mengundang padah selepas ditahan gara-gara tiada lesen, pada Rabu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, remaja berusia 18 tahun itu hadir ke institut memandu untuk ujian lesen.

Kata Azrin, bagaimanapun, Unit Peronda Bermotosikal (UPB) JPJ Negeri Selangor yang sedang melaksanakan Ops Hari Raya Aidiladha (HRAA) telah menahan kenderaan tersebut.

Azrin
Azrin

"Pemeriksaan lanjut mendapati remaja itu tidak memiliki lesen memandu dan semasa ditahan, dia hendak menghadiri ujian memandu di sebuah institut memandu.

"Saman telah dikeluarkan serta kenderaan juga telah disita dan dibawa balik ke JPJ Shah Alam untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, soal siasat awal remaja itu mendakwa dia diminta bapanya untuk hadir sendiri ke institut memandu terbabit.

Dalam pada itu, kata Azrin, Ops HRAA 2024 ini dilaksanakan bermula pada 10 sehingga 30 Jun di seluruh Selangor.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, selain daripada penguatkuasaan, JPJ Selangor turut menjalankan advokasi keselamatan dan khidmat nasihat berkenaan pemakaian topi keledar terutama kepentingan pemakaian topi keledar untuk kanak-kanak.

"Sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya.