Muda mahu kembali membina legasi, menjadi suara demokrasi rakyat

Agenda utama Muda adalah untuk mengembalikan peranannya sebagai kuasa ketiga dalam arena politik Malaysia seperti awal perjuangannya pada 2021.
Agenda utama Muda adalah untuk mengembalikan peranannya sebagai kuasa ketiga dalam arena politik Malaysia seperti awal perjuangannya pada 2021.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan berusaha untuk membina legasi dan menjadi suara demokrasi rakyat di dalam dan luar Parlimen dengan memberi tekanan kepada isu-isu kos sara hidup.

Muda dalam satu kenyataan berkata, sejak perubahan struktur kepimpinan pada hujung 2023, agenda utama Muda adalah untuk mengembalikan peranannya sebagai kuasa ketiga dalam arena politik Malaysia seperti awal perjuangannya pada 2021.

Katanya, usaha itu didorong bersama dengan komitmen daripada semua pimpinan pusat, negeri dan juga Parlimen.

"Dalam 100 hari, pemangku presiden iaitu Amira Aisya Abd Aziz telah mengadakan program jelajah serta pertemuan dengan kepimpinan negeri, dan ahli-ahli akar umbi parti di Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.

"Ia akan diteruskan di Melaka, Pahang dan Terengganu. Tujuan siri jelajah ini adalah untuk mendengar usul-usul atau cadangan yang dibawa oleh ahli-ahli dan penyokong parti untuk hala tuju serta rejuvenasi parti," jelas Muda pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, seawal 2024, jawatankuasa-jawatankuasa kecil pelbagai portfolio dibentuk dan diberi amanah untuk menjalankan tugas-tugas penstrukturan semula organisasi parti fasa rejuvenasi.

Menurutnya, sebelum ini, Muda melihat pendaftaran keahlian berasaskan jumlah (mass-based) sebagai pilihan terbaik tetapi kini ingin fokus kepada parti berasaskan pengkadaran.

"Ideologi parti politik Muda pula adalah demokratik sosial. Pendedahan awal ideologi ini akan diberikan kepada ahli-ahli Muda semasa Jelajah Sekolah Muda.

Artikel Berkaitan:

"Sistem portal pengurusan keahlian baharu telah pun siap dan diperkenalkan kepada semua ahli jawatankuasa eksekutif pusat, negeri serta Parlimen.

"Kini Muda telah capai ke fasa terakhir iaitu membuka portal keahlian kepada umum yang ingin menjadi ahli baharu," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!