PATI dicekup, tak sempat menyusup keluar dari Malaysia

Antara warga asing yang ditahan di kawasan pantai Tanjong Rhu, Pulau Carey, Kuala Langat, pada Jumaat. Gambar kecil: Ahmad Ridhwan
Antara warga asing yang ditahan di kawasan pantai Tanjong Rhu, Pulau Carey, Kuala Langat, pada Jumaat. Gambar kecil: Ahmad Ridhwan
A
A
A

KUALA LANGAT - Cubaan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyusup keluar dari negara ini gagal selepas dicekup di kawasan pantai Tanjong Rhu, Pulau Carey di sini, pada Jumaat.

Difahamkan, PATI warga Indonesia berusia dua hingga 49 tahun itu ditahan menerusi Op Taring Nyah 1 oleh Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, penahanan itu dilakukan selepas anggota operasi mengesan kumpulan individu berkumpul dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati semua migran asing yang terdiri daripada 11 lelaki, lima wanita serta seorang kanak-kanak perempuan itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri.

"Soal siasat mereka mengaku mahu keluar dari Malaysia melalui laluan tidak diwartakan iaitu jalan laut," katanya pada Jumaat.

Tambah beliau, kesemua PATI itu kini direman selama 14 hari di Balai Polis Banting bagi tindakan lanjut.

"Siasatan masih dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah yanh memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!