Kertas siasatan selalunya bertulis tangan, bukan bertaip - Ahmad Zaharil

Ahmad Zaharil Muhaiyar
Ahmad Zaharil Muhaiyar
A
A
A

SHAH ALAM - Peguam Jenayah, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar mengakui terkejut dengan pendedahan terbaharu mengenai kebocoran kertas siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin sejak Khamis malam lalu.

Beliau berkata, kertas siasatan kebiasaannya bertulis tangan dan bukan bertaip seperti yang tersebar kepada orang awam.

Menurutnya, pengamal media yang sering membuat liputan berita di mahkamah sememangnya tahu bagaimana bentuk kertas siasatan itu.

"Melalui pengalaman saya, kertas siasatan selalunya bertulis tangan, tak ada masa mereka (polis) nak menaip.

"Saya terkejut juga sebab kandungannya cantik ditaip dan ia bersifat umum. Kertas siasatan memang akan beritahu apa bukti yang dijumpai.

"Jadi, siasatan perlu dibuat secara komprehensif bagi mendapatkan keadilan buat semua pihak," katanya.

Tangkap layar program Interviu yang disiarkan secara langsung di TikTok Sinar Harian pada Jumaat.
Tangkap layar program Interviu yang disiarkan secara langsung di TikTok Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika program Interviu yang disiarkan secara langsung di TikTok Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Program dihoskan oleh Haizir Othman bersama wartawan jenayah Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub mengupas dengan lebih terperinci kes Zayn Rayyan yang mati dibunuh Disember tahun lalu.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila tangkap layar maklumat siasatan kes Zayn Rayyan tersebar sehingga mencetuskan kegusaran orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan kes kanak-kanak terbabit.

Terbaharu, pihak polis bakal mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menurunkan tangkap layar berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan, pihaknya juga akan menyiasat individu yang bertanggungjawab di sebalik penyebaran maklumat tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!