Penang FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA

Perebutan bola antara kedua-dua pasukan dalam aksi pusingan 16 Piala FA di Stadium MPT, malam ini. Foto Ihsan Gawang.my
Perebutan bola antara kedua-dua pasukan dalam aksi pusingan 16 Piala FA di Stadium MPT, malam ini. Foto Ihsan Gawang.my
A
A
A

CABARAN Sri Pahang FC berakhir selepas Penang FC menempah tiket ke suku akhir menerusi penentuan sepakan penalti, 4-3 dalam pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini malam ini.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 hingga tamat perlawanan memaksa perlawanan diseret ke masa tambahan, 30 minit.

Pada babak pertama perlawanan, tuan rumah nyaris dikejutkan dengan jaringan pemain lawan namun dibatalkan kerana ofsaid menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) pada m-6.

Kebuntuan gol akhirnya berjaya dihasilkan menerusi jaringan penyerang Penang FC, Mohamad Nabil menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin pada m-41.

Aksi cemas di depan gawang Sri Pahang. Foto Ihsan Gawang.my
Aksi cemas di depan gawang Sri Pahang. Foto Ihsan Gawang.my

Kedudukan kekal hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Babak kedua bermula dengan beberapa cubaan menarik pemain tuan rumah namun berjaya dinafikan oleh pertahanan lawan.

Kebuntuan skuad kendalian Fandi Ahmad berjaya dipecahkan menerusi jaringan penyerang import, Mykola Ahapov pada m-79 mengegarkan stadium yang dipenuhi 4,408 penonton.

Artikel Berkaitan:

Kedudukan kekal terikat 1-1 hingga wisel perlawanan dibunyikan pengadil perlawanan, Mohd Badrul Mohd Amir.

Perlawanan diseret ke masa tambahan namun kedua-dua pasukan buntu menambahkan jaringan memaksa penentuan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Kegagalan kapten tuan rumah, Fadhli Shas dan Mykola menyempurnakan sepakan penalti memberikan kemenangan buat lawan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!