Aksi Serbia-England dijangka panas
PERLAWANAN pertama Kumpulan C, Euro 2024 menemukan Serbia dan England di Gelsenkirchen awal pagi Isnin (3 pagi waktu Malaysia) dijangka panas.
Susulan itu, pihak berkuasa Jerman menempatkan kira-kira 1,000 anggotanya di sekitar lokasi pertandingan bagi mengelak pergaduhan tercetus di antara penyokong kedua-dua pasukan.
Malah, pihak penganjur dilaporkan telah mengurangkan penjualan alkohol yang menjadi punca provokasi penyokong mabuk.
Laporan di Jerman menyebut bahawa terdapat sekitar 500 anggota Ultras Serbia bakal hadir di Veltins Arena.
Ultras Serbia mempunyai reputasi buruk dan sering mencetuskan kekecohan sebelum dan selepas perlawanan.
Bagi England pula, penyokong mereka digelar Hooligans dan pada Euro 2020, Persatuan Bola Sepak England (FA) dikenakan tindakan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (EUFA) selepas penyokong Inggeris merusuh di sekitar Wembley dan pusat bandar London selepas Three Lions tewas penentuan penalti kepada Itali di pentas final.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!