Paus kelabu semakin mengecil
WASHINGTON - Ikan paus kelabu pantai Pasifik telah mengecil sebanyak 13 peratus sejak tahun 2000, menambah bukti bahawa perubahan iklim dan aktiviti manusia menjadikan mamalia marin semakin 'kurus'.
Malah, saiznya yang berkurangan akan memberi kesan besar kepada sistem pembiakan dan mencetuskan ketidakseimbangan dalam rantaian makanan.
Kumpulan Pemakanan Pantai Pasifik (PCFG) berkata, kira-kira 200 ekor paus yang merupakan sebahagian daripada polulasi mamalia marin lain yang tinggal di habitat di laut Pasifik Utara Timur.
Paus kelabu yang dianggap sebagai 'penjaga ekosistem' tinggal lebih dekat dengan pantai dan mencari makanan di kawasan cetek dilaporkan mempunyai bentuk tubuh badan semakin mengecil.
"Sekarang kira tahu saiz badan mereka semakin mengecil sejak 20 hingga 40 tahun lalu yang mungkin memberi tanda awal bahawa populasi itu berisiko menurun," kata Kevin Bierlich, penolong profesor di Universiti Negeri Oregon dan pengarang bersama kajian Global Change Biology, memberitahu AFP.
Hasil analisis imej daripada dron yang diambil pada tahun 2016 hingga 2022 daripada 130 individu, saintis mendapati paus kelabu yang dilahirkan pada tahun 2020 berkemungkinan mencapai panjang hanya 1.65 meter.
Ini sekali gus mewakili penurunan ketara sebanyak 13 peratus dan kebiasannya jumlah panjang paus kelabu matang berukuran 11 hingga 12 meter.
Pengecilan saiz badan paling ketara dapat dilihat pada paus betina.
Ia juga boleh dibandingkan dengan ketinggian purata seorang wanita Amerika yang menurun 1.6 meter kepada 1.4 meter dalam tempoh dua dekad.
KEPENTINGAN SAIZ
"Secara umum saiz adalah penting untuk haiwan.
"Ia akan memberi kesan kepada tingkah laku, fisiologi, sejarah hidup dan mempunyai kesan kepada komuniti mereka," kata Enrico Pirotta, pengarang utama kajian dan penyelidik di Universiti St Andrews di Scotland.
Anak ikan paus kecil mungkin mempunyai kadar kelangsungan hidup yang lebih rendah apabila mereka berhenti bercerai susu manakala paus dewasa pula berkemungkinan gagal membiak.
Spesies ini bergantung kepada simpanan tenaga semasa tempoh pemakanan untuk menyokong penghijrahan dan pembiakan semasa musim sejuk.
Perubahan iklim diketahui sebagai faktor penting mempengaruhi dinamik keseimbangan mamalia marin melalui perubahan corak angin dan suhu air. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!