Lelaki curi ubat, berus gigi dijel 6 bulan

Mahkamah Majistret Kuantan
Mahkamah Majistret Kuantan
A
A
A

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan terhadap seorang lelaki kerana mencuri 12 unit ubat gigi dan tiga berus gigi.

Tertuduh Abdul Aziz Abdul Rahman, 45, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah kedai serbaneka kira-kira jam 12.40 tengah hari pada 28 Oktober lalu dengan memasukkan barang itu ke dalam seluar yang dipakainya.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan terhadap tertuduh mendapati terdapat 12 unit ubat gigi dan tiga berus gigi bernilai RM110 disembunyikan dalam seluar.

Pendakwaan terhadapnya dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique Selvarajah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman mengakui sedar dan insaf serta tidak mahu mengulanginya lagi.

Mahkamah menetapkan hukuman terhadap tertuduh bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 28 Oktober 2019.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!